Haaa macam dah biasa dengar perkataan tu kan ? okay jom aku nak start cite .
aku letak nama hamba Allah ni , "Jebat" okay . taknak lah bagi nama real ..
Ada lah satu hari dulu, masa tu dekat sekolah, lepas rehat aku jalan kat satu lorong tetibe tangan aku terlanggar org belakang, sekali aku toleh rupanya mamat yang "muka kerek, tak reti senyum, sombong" tapi serios talk dia hensem.hehehe umur dia tua setahun je dari aku. yang penting kitorg menengah atas lah . then aku rasa malu dan takot sangat ..haha ada lah sebabnya kenapa . then lepas 2/3 hari aku berani kan diri jumpa budak nih . aku minta maaf.. aduhh tak pernah2 aku tegor dia.haha tapi dia pelik kenapa aku minta maaf, mybe dia dh lupa pasal incident tu.
di pendekkan cerita kitorg di masukkan dalam satu group wechat, lama kelamaan dia suke usik aku,bahan aku. kat situ lah aku rasa dia ni baik sebenarnya,takda lah sombong pon. hahaha. then aku add wechat dia. kitorg wc macam biasa, gurau2, masok air, luahkan perasaan, berkongsi pengalaman.pastu dia carring sangat,dia selalu pesan pasal makan, kesihatan, senang cite dah macam bf. tah kenapa bila semakin kerap kitorg wechat ,bila jumpa depan-depan kitorg awkward untuk borak depan member2 lain. aku dah tersegan2, yang dia ni pulak dengan muka kerek dia je, acah-acah cool setiap masa.
aku cerita dekat member aku semua yang "jebat" ni cakap kat aku. so member aku mengesahkan bahawa si "jebat" ni macam suka aku,sebab dia ni susah nak layan perempuan dan dia ni jenis,klo dia suke prmpuan tu baru dia akan chat tiap malam.siap bagi lagu cinta dohh.. aku pon fikir macam ye jugak. sebab perangai dia lain dari dulu. dan dah lama-lama aku pon realise yang aku dah "falling in love " kata ko ~ aduhh payah payah .. sebab member2 dia pon dah start gosipkan kitorg,tapi kitorg just senyum. start situ aku dah pandai nk stalk dia,adik beradik dia..hahaha :3
tapi tu hari tu.. sekarang relay kitorg dah makin complicated, kitorg dah jarang chat smpai tengah2 malam. kitorg takda pon senyum2 bila jumpa kat sekolah . macam tak kenal je. lagi2 cuti sekolah ni dia kerja, biasa lah lelaki kan mana boleh duduk rumah . dia busy agaknya ,sampai setiap kali wechat dia serios,dia tak macam dulu. aku rindu sebenarnya nk gurau-gurau dengan dia, nak bengong2 dengan dia, nak bagi2 lirik lagu . aku rindu semua tu. sampaikan sekarang aku rasa nak putus asa. tapi kawan-kawan aku still support aku,diorg cakap susah nak dapat org macam si "jebat" . masalah nya aku penat macam ni, dia pernah cakap yang dia tak suke couple,yess aku tahu . aku tahu cite lama dia dan dia mmg dh lama single pon. kisah lama aku pon buat aku lebih berhati-hati untuk couple. lagi pon bagi aku couple ni remeh . so sekarang aku nak cite yang dia ni "lelaki ego" ke ? dia suke aku tapi dia ego ? macam tu ke ? kalau dia takda perasaan kat aku, kenapa dia buat semua benda-benda yang dia tak sepatotnya buat ? kenapa perlu tegor2 aku dan gunakan topic tah pape .
sekarang ni aku cuba bertahan, aku bersabar selagi aku mampu . aku taknak hancurkan hati sesapa, dan aku pon taknak sakit hati lagi. dah penat lah nak menangis bagai .. ni nikmat Allah bagi,jadi tanggungjawab aku untuk bersyukur. sekian lah luahan aku malam ni ;)
No comments:
Post a Comment